PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
DAERAH KOTA BHARU,KELANTAN
(IKRAM KOTA BHARU)



UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN

BERITA

view:  full / summary

MESYUARAT AGONG DAERAH KALI KE2 TAHUN 2012 PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) KOTA BHARU KELANTAN

Posted by ikramkb on April 20, 2012 at 1:15 PM Comments comments (0)

21 April 2012 (Jumaat) - Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Agong Daerah Kota Bharu Kali Kedua telah selamat dijalankan di Dewan Tertutup Sekolah Rendah Islam Aman pagi tadi. Mesyuarat telah dijalankan dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwwah lillah. Seramai 39 orang ahli dan beberapa orang pemerhati telah hadir dan memberkati majlis tersebut. Dr Din Suhaimi telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap untuk mengendalikan Majlis. JK SPRI Pemilihan dikendalikan oleh Akh Shakri dan Akh Muhammad Ismail. Semoga Allah merahmati keputusan syura yang dijalankan bersama. Amin

 Majlis dimulai dengan membaca ayat suci Al-quran Surah Dhuha oleh Ustaz Mohd Samsuddin. Setelah itu Dr Din telah mengajak para hadirin untuk menelaah segala pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Kemudian pengiraan korum dijalankan dan Pengerusi SPRI mengingatkan para ahli supaya membuat pemilihan dengan mengisi borang yang telah disediakan. 

Ucapan aluan dari Ustaz Mohd Sha'arani bin Mohd Naim, YDP IKRAM Kota Bharu, telah menyentuh berkenaan tanggungjawab pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepintaran seorang pemimpin dan ketaatan orang yang dipimpin adalah faktor utama kejayaan sesebuah Jamaah. Ahli IKRAM haruslah sentiasa terkedepan bagi manghadapi cabaran-cabaran ummat masa kini.

TYDP IKRAM Kelantan, Hj Che Rahimi bin Samat telah memberi merasmikan mesyuarat dengan memberi peringatan tentang kepentingan dakwah dan persediaan yang penting berkaitannya seperti yang disebut di dalam Surah Al-Mudatsir. Semangat untuk menggerakkan dakwah, kepentingan kebersihan, jangan menghitung jasa-jasa sendiri dan bersabar dalam melaksanakan tugas dakwah ini.

 

Sesi pembentangan dimulakan oleh Setiausaha IKRAM Daerah,  Tn Hj Mohd Azlan bin Ash’ari yang telah melaporkan aktiviti sepanjang sesi 2011-2012 mengikut KRA pencapaian yang telah ditetapkan oleh IKRAM. Setelah itu Penyata kewangan 2011 dilaporkan oleh bendahari, Hj Asbullah Abdul Rahman.

 

Antara perbincangan dan cadangan yang telah dikemukan oleh ahli-ahli yang hadir adalah adalah mengenai sumbangan idea kepada pihak media, peningkatan pelaporan aktivisma IKRAM IPT serta memperkemaskan pemantauan tarbiyyah peringkat daerah.

Setelah AJK Daerah sesi 2011-2012 meletak jawatan dengan rasminya, pemilihan baru bagi sesi 2012-14  telah dijalankan. Senarainya adalah seperti berikut;

 

Perlantikan AJK Daerah sesi 2012-2014

 

YDP: Dr Adam bin Sapran

Timb. YDP : Hj Zulkefle Ab Rahman

Setiausaha : Hj Mohd Azlan bin Ash’ari

Pen. Setiausaha : Ustaz Muharman bin Bachtiar

Bendahari: Hj Asbullah bin Abdul Rahman

AJK:

1) Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain

2) Khairudin bin Mustafa

3) Mohd Samsudin bin Yusuf

4) Zainara binti Abd Hamid

5) Rohaya binti Zakaria

 

Pengerusi tetap: Dinsuhaimi bin Sidek

Timb. Peng. Tetap: Hj Mat Daud bin Deraman

Pemeriksa Kira-kira: Mohd Abdullah bin Hamat

Wan Aishah Wan Ibrahim

 

Pemilihan wakil daerah ke MPN

1) Hj Mohd Azlan Ash’ari

2) Hj Asbullah bin Abdul Rahman

3) Hj Zulkefle Ab Rahman

4) Aminuddin bin Mahmud

5) Azrulnizam bin Zul

6) Rohaya binti Zakaria

7) Khairudin bin Mustafa

8.)Mohd Samsudin bin Yusuf

9) Mohd Abdullah bin Hamat

10) Mohd Hariff bin Hassan

11) Noor Shirlyna Irma binti Ngah

12) Zatinurnadiah binti Abd Hakim

 Ucapan penggulungan oleh YDP IKRAM Kota Bharu sesi 2012-2014 menyentuh tentang kepentingan amal jamaie dan bersatu hati dalam menggerakkan dakwah seperti yang disebut dalam surah As-Saff, untuk mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. 

 


 

Program Iftar IKRAM Kota Bharu bersama Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Posted by ikramkb on August 15, 2011 at 7:15 AM Comments comments (1)

Kota Bharu, 13 Ramadhan 1432 / 13 Ogos 2011. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Pertubuhan IKRAM daerah Kota Bharu telah berjaya melaksanakan program Iftar Ramadhan dan majlis penyerahan sumbangan ramadhan kepada golongan-golongan miskin dan ibu tunggal bertempat di Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu.

Objektif utama program ini membolehkan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Kota Bharu berinteraksi dengan masyarakat di sekitar Masjid Mukim Tapang melalui penganjuran bersama program Iftar dengan Masjid Mukim Tapang.

Acara-acara yang telah dilaksanakan semasa program iftar ini adalah majlis pengistiharan Masjid Mukim Tapang sebagai pusat aktiviti dakwah IKRAM Kota Bharu oleh YDP IKRAM Kota Bharu, penyerahan sumbangan ramadhan ”Islamic Relief Malaysia (IRM)” kepada golongan-golongan miskin dan ibu-ibu tunggal melalui IKRAM Kota Bharu sebagai rakan pelaksana dan Tazkeerah Ramadhan oleh Ustaz Muhammad bin Ismail, Pensyarah di Kolej Jaipetra, Kota Bharu. Program ditamatkan dengan solat terawih yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Ismail.

Pada program Iftar ini, Pertubuhan IKRAM daerah Kota Bharu telah menyumbang seekor lembu dan 3 kampit beras yang beratnya 25 kg setiap kampit hasil daripada sumbangan daripada ahli-ahli IKRAM Negeri Kelantan.

“Hebat juga orang IKRAM ni lapah lembu” ujar Imam Masjid Mukim Tapang, Tuan Hj. Muhammad bin Baharudin apabila melihat kelincahan Ustaz Mohd Shamsuddin Yusoff (berkopiah), setiausaha JK Dakwah IKRAM Negeri Kelantan melapah lembu dengan cekapnya.

Wanita IKRAM Kota Bharu juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan kaum wanita di sekitar masjid Tapang untuk bersama-sama menyedia dan memasak lauk-lauk untuk berbuka. Ketua Wanita IKRAM Negeri Kelantan, Dr. Norhani bin Abdul Rani dan Ketua Wanita IKRAM daerah Kota Bharu, Prof. Madya Dr. Habsah bt Hassan juga hadir sama.

Seramai 50 orang penerima yang terdiri daripada golongan-golongan miskin dan ibu-ibu tunggal telah menerima sumbangan masing-masing. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim iaitu YDP IKRAM Kota Bharu, Prof. Dr Dinsuhaimi Sidik, wakil IRM dan Imam Masjid Mukim Tapang, Hj. Muhammad bin Baharudin.

Sebelum berbuka, para jemputan yang terdiri daripada masyarakat Mukim Tapang dan ahli-ahli IKRAM negeri Kelantan telah dijamu dengan santapan rohani bertajuk ”Ramadhan membina manusia bertaqwa” oleh Ustaz Muhammad bin Ismail, pensyarah Kolej Jaipetra, Kem Kijang, Kota Bharu.

MULTAQA ILMI KALI KEDUA

Posted by ikramkb on May 1, 2011 at 12:02 PM Comments comments (0)

KOTA BHARU, 25 Februari 2011, dengan izin Allah swt , IKRAM Kota Bharu telah menganjurkan program “Multaqa Ilmi” yang pertama bagi tahun 2011 di Dewan Futsal, Sekolah Menengah Islam (SMI) Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Pengisian utama program ini adalah ceramah khas yang disampaikan oleh YDP IKRAM Negeri Kelantan, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif dengan tajuk “Al-Hak”.

Program ini juga diselitkan dengan pameran Aqsa Shariff dan Raudatus Sakinah, acara selari untuk kanak-kanak dan juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada hadirin yang hadir pada program tersebut.

Seramai lebih kurang 100 orang peserta telah hadir pada program tesebut. Golongan pemuda merupakan dominasi peserta pada hari tersebut.

PROGRAM 3R

Posted by ikramkb on September 18, 2010 at 3:33 AM Comments comments (0)

REMAJA MEMBURU LALILATUL QADAR

 

PROGRAM SEMARAK RAMADAN

Posted by ikramkb on August 10, 2010 at 10:47 AM Comments comments (0)

 

 

 

Pada hari Jumaat 6 Ogos 2010 Pertubuhan  Ikram Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Program Semarak Ramadhan di dewan tertutup Sekolah Rendah Islam Aman, Jalan Telipot. Program tersebut telah bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Seramai lebih kurang 70 orang peserta telah hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh YDP Ikram Daerah Kota Bharu. Ceramah penghayatan Ramadhan amat memberi kesan kepada pendengar di mana peserta diberikan ilmu-ilmu yang amat berguna bagi mendapat pahala amal yang berlipat ganda yang merupakan hadiah yang tidak ternilai dikurniakan kepada  tetamu Ramadhan. Ceramah pertama disampaikan oleh YDP Ikram Daerah Kota Bharu, Dr Ustaz Sha'arani dan ceramah kedua disampaikan oleh Dr Mohtar, Pengerusi Pusat Pendidikan Aman, Kota Bharu

 



Rss_feed